FOLLOW ME

Halaman

Jumaat, 27 September 2013

Siapakah Tuan Tanah Aka Tuan Punya Blog?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.dah lama aku tak bejalan ke blog orang sebenarnya aku lebih suka menjengah ke blog orang dari menulis blog.. Firstly,aku nak memperkenal kan diri aku yang tak seberapa ni nama aku Muhammad Arif Bin Karim dan aku dilahirkan di Hospital Taiping di Perak Darul Ridzuan dan menetap di Semanggol dan aku seorang penganggur baru habis sekolah tahun lepas (jgn tanya pasal result spm aku) dan bersekolah di SMK MUDZAFFAR SHAH yang juga berada di Semanggol.Aku start kenal pasal blogging dari ayah aku yang lebih dikenal sebagai PaklongCikgu nah aku bagi link blog ayah aku dan aku ni juga seorang yang agak pemalu.Aku lebih cenderung bermain Video Games dari bercouple macam remaja lain buat masa sekolah dan main games ni dah jadi habit aku dari tingkat 1.Aku lebih happy ajak kawan aku bermain video Games dari duk buat keja sumbang mahram. Macam mana aku boleh cenderung Bermain Video games? Masa aku darjah 1 dan masa tu aku first kenal komputer dan masa tu aku tak kenal internet dan sewaktu dengannya.start aku darjah 3 baru aku kenal internet dan games mase ni kecenderungan bukanlah terhadap games cuma lebih kepada tengok TV dan main gasing dan lebih suka ronda-ronda kampung lepas aku darjah 6 kecenderungan aku terhadap menbuak-buak ini tak bermakna aku ni tak suka perempuan. Macam mana aku kawal kecenderungan aku terhadap Games? Masa aku tingkat 3 dan masa inilah banyak kawan-kawan aku nasihatkan kurangkan sikit main games tu.Sebab diorang nasihat macam itu kerana aku selalu tidur dalam kelas.Atas faktor kawan aku slow-slow kawal habit aku main games ini. Last sekali aku berharap korang yang ada anak yang suka main games tu nasihatkan sikit supaya dia tak melebih-lebih. Itu saja yang aku nak cerita pasal diri aku yang tak best ni dan terima kasih kerana membaca.

Rabu, 25 September 2013

Aq Berasa lama mereka berasa sekejap....

aq rasa dok kat malaysia sambil menunggu ayah dan emak aq berasa macam lama je tapi mereka duk kat sana mesti rasa sekejap.

Selasa, 24 September 2013

39 hari menunggu kepulang......

39 hari je lagi aq kena tunggu kepulang 2 orang yang aku sayang iaitu ayah dan emak aq dari tanah suci dah 2 hari aku tak boleh tido sebab rindu sangat tapi aq paham diorang pegi sana bukan melancong tapi menunaikan rukun islam ke 5....